Yong Tau Fu Soup with Seafood and Meat


Menu resepi ni dah menjadi kegemaran saya sepanjang zaman. Kalau anda pernah berkungjung ke Pantai Klebang, Melaka atau Setiawan Perak, anda pasti pernah menikmati hidangan yong tau fu yang menyelerakan ini :). Berbanding yong tau fu berkuah pekat yang biasa kita jumpa di pasar-pasar malam, bagi saya yong tau fu sup jauh lebih menyelerakan dan tidak cepat muak. Yang paling penting lagi kos pun tidak semahal yong tau fu berkuah pekat.

Berikut saya catatkan resepi kalau-kalau teringin merasa atau kerinduan akan yong tau fu Pantai Klebang.

Bahan2 Utama:

1. Sayur2an hijau seperti bendi, brokoli, dan kangkung
2. Sayuran2an pejal yang tidak mudah layu seperti bunga kobis, cendawan butang, dan cendawan tiram
3. 2 biji Kentang yang telah dikupas kullit, dipanggang dan digoreng (sekadar permukaan luar menjadi kekuningan)
4. Ketulan daging, paru, hati lembu dan perut
5. Sotong, udang saiz besar (banana prawn @ udang pengantin) dibuang kulit
6. Fish cake, bebola ikan dll mengikut kesukaan
7. Petis udang
8. Mee kuning atau beehon

Bahan sambal/sos:

1. 5 biji cili merah besar segar
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 cm halia
4. Garam dan gula secukup rasa
5. 1 sudu teh cuka makan
@ boleh gunakan sos chili garlic Thai sedia dimakan

Cara Memasak:

1. Rebus kulit dan kepala udang untuk dibuat stok kuah
2. Tambah air sesuai keinginan (500 ml untuk 3-4 orang makan)
3. Masukkan 1 sudu teh petis udang dan rebus hingga mendidih
4. Masukkan ketulan daging dan kepingan hati serta perut dan rebus hingga masak
5. Masukkan sayuran pejal dan reneh sebentar
6. Masukkan fish cake dan seafood
7. akhir sekali masukkan sayuran hijau dan potongan kentang
8. Masukkan mee kuning atau beehon yang sudah direbus terlebih dahulu hanya sejurus sebelum dihidang

Comments