Kepala Salmon Masak Taucu

Resepi ni di-invent setelah saya bosan dengan resepi kari kepala salmon. Sebenarnya kepala salmon ni boleh dimasak pelbagai cara. Tinggal saja lagi kita perlu berkreatif untuk mencipta suatu rasa yang sesuai dengan selera asia kita :)

Bahan2:

1. 5 kepala salmon yang telah dibelah dua
2. 6 sudu makan cili kering yang telah direbus dan dikisar
3. 3 sudu makan taucu
4. 2 sudu makan sos plum (boleh ganti dengan sos lemon)
5. 2 sudu teh sos tiram
6. 3 ulas bawang putih dan 2 biji bawang besar (kisar halus)
7. 3 biji cili merah segar (dipotong memanjang) dan 2 biji tomato (dipotong 4)
8. Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Kepala salmon diperap dengan garam dan kunyit seketika
2. Goreng dengan minyak yang sedikit hingga masak (elakkan menggunakan minyak yang banyak kerana ikan salmon sudah berlemak) dan ketepikan
3. Tumis bawang putih dan bawang besar yang sudah dikisar hingga terbit bau
4. Masukkan cili kisar, sos tiram, taucu dan sos plum dan kacau hingga pecah minyak
5. Masukkan garam dan serbuk ikan bilis secukup rasa
5. Masukkan hirisan cili merah dan tomato
6. Tuangkan kuah yang telah masak ke atas kepala ikan, ratakan dan sedia dihidang

Comments