Ayam Percik Kelantan




Sabtu semalam hari ke-9 puasa, kami gantian iftar dari rumah ke rumah. Tiba giliran rumah saya, saya berhajat masak ayam percik Kelantan, kesukaan saya untuk menjamu kawan2. Di luar negara bukan senang nak cari lauk tradisional. Alhamdulillah tak sampai 10 minit seekor ayam percik licin!

Berikut saya sediakan resepi istimewa untuk anda :)

Bahan2 Kuah

1. 1 ekor ayam (saiz sederhana
2. 4 ulas bawang putih
3. 2 biji bawang besar
4. 5 cm halia
5. 2 batang serai

Cara2 memasak

1. Perapkan ayam bersama garam dan sedikit serbuk kunyit, ketepikan
2. Bahan2 2-5 dikisar bersama dan tumis di atas api perlahan (tanpa minyak)
3. Masukkan santan kelapa pekat (boleh guna 2 tin santan segera. Masak sehingga pekat. Ketepikan separuh.
4. Siram kuah pekat ke dalam ayam dan bakar pada suhu 200 C sehingga kekuningan
5. Siram kuah semasa membakar supaya kuah meresap ke dalam daging ayam
6. Setelah ayam masak, angkat dan siram kuah yang separuh lagi
7. Sedia dihidang

note:
Selamat berpuasa dan berbuka puasa :)

Comments