Monday, April 14, 2014

Prawn Mee

Craving for prawn mee (noodles)? Here I show you the REAL prawn mee...homemade, hygiene, tasty and lots lots lots of prawn.

I love to use banana prawn for this delicious food. The key ingredients in my prawn mee are dried shrimps, dried anchovies (smallest size), and chili paste and a pinch of salt. Ground well both dried shrimps and anchovies, blend together with chili paste, garlic and anion (more are better-to give a pungent and sweet taste also to increase the viscosity of the gravy). Saute all the ingredients with vegetable oils and add enough water. Add the prawn just few minutes before off the burner.

Pour the gravy onto the mee that already soak in hot water. Add raw pak choy, sprinkle with minced spring anion, and fried shallot. Wallah! This is prawn mee that I you will cry for....Ermm ho liaw!
 

* No enough time to prepare the ingredients? No worries, Tean's Gourmet Prawn mee paste is the perfect alternative. 

Monday, March 21, 2011

Home made Ayam Penyet

Pergghh!...seharian kemaren saya mengidam ayam penyet ni. Resepi ayam goreng berempah garing berasal dari negara seberang ni sangat sedap. Ni saya sertakan resepi yang dah diolah sesimple yang mungkin sesuai dengan kehidupan yang serba ringkas dan cepat :)

Bahan2:

1. Tentunya ayam, terpulang anda nak buat seekor atau secukupnya ikut bilangan orangnya =p
* untuk resepi ni, andaikan kita guna seekor ayam saiz 10
2. 3-4 ulas bawang putih
3. 1 cmm halia muda
4. 1 sudu makan jintan manis
5. 1 sudu makan jintan putih
6. 1 sudu makan ketumbar
7. 2 sudu mkana serbuk kari
8. 1 sudu makan serbuk kunyit
9. 1 sudu teh serbuk lada sulah
10. 1 sudu makan serbuk cili Baba's atau paprika
* kalau mau lagi pedas, lagi tambah hehe
11. Garam secukup rasa

Cara2 masak:

Blender atau tumbut lumat semua bahan kecuali ayam
gaul ratakan pada daging ayam yang dah dipotong2 ikut suka anda
Perapkan ayam selama semalaman, sebelum digolek2 kan dalam tepung beras dan digoreng garing dengan api perlahan hingga masak.
Kalau suka boleh perapkan sekali hirisan nipis tempe dan tauhu kemudian digoreng rangup juga.
Aromanya..hummm walllahh! sehingga menjilat jari bila dimakan ketika masih panas

Kalau suka anda boleh sediakan nasi ayam untuk dimakan bersama. Sambalnya saya gunakan sambal eoelek siap dalam botol (namanya cepat dan pantas..hehe)

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!!

Salam sayang dari dapur Maya

Saturday, October 9, 2010

Ketupat Sotong



Sesiapa anak jati Kelantan pasti gemar akan pencuci mulut yang satu ini. Ketupat sotong...emmm rugi kalau tak cuba. Sini saya kongsikan cara2 menyediakan ketupat sotong. Hidangan wajib cuba :D

Bahan2:


1. 5-10 ekor sotong saiz sedan (boleh gunakan saiz besar)
2. Beras pulut
3. Gula melaka atau palm sugar
4. 2 sudu teh biji halba
5. 1 biji santan kelapa (100 ml pati santan)
6. Secubit garam
7. Sehelai daun pandan.



Cara Menyediakan juadah:


1. Bersihkan sotong, dan buang tulang belakang serta ketepikan kepala
2. Sumbat sotong dengan beras pulut hingga 2/3 penuh
3. "Pasangkan" kembali kepala sotong dan cucuk dengan bilah lidi/pengcungkil gigi (pasti yang belum digunakan :p)
4. Masukkan sotong bersumbat beras pulut dalam periuk dan tuangkan santan
5. Masukkan palm sugar dan secubit garam
6. Masukkan biji halba dan daun pandan
7. Biarkan di atas api sehingga ketupat sotong masak (apabila beras pulut telah masak)
8. Ketupat sotong sedia dihidang, lebih sedap dimakan apabila telah sejuk.

Kepak Ayam Panggang

Ermmm yummylicious! I llliiikkkkeee it...Mari berkongsi resepi bersama saya di dapur Maya, pasti menjilat jari :)

Bahan2 dan Cara Memasak:

1. 2 kilo kepak ayam
2. 5 sudu makan fennel seed yang telah dikisar halus
3. 4 sudu makan serbuk paprika
4. 5 sudu makan madu asli
5. 3 ulas bawang putih dan 2 biji bawang besar (dikisar halus)
6. 2 cm halia (juga dikisar)
7. 2 batang serai (dikisar)
8. Garam secukup rasa
9. 2 sudu makan sos tiram
10. 5 sudu makan kicap manis
11. Perapkan kepak ayam bersama bahan2 diatas (paling bagus overnight-dalam peti ais 4C)
12. Panggang kepak ayam pada suhu 180C selama 15-20 minit
13. Sedia dihidang

Kepala Salmon Masak Taucu

Resepi ni di-invent setelah saya bosan dengan resepi kari kepala salmon. Sebenarnya kepala salmon ni boleh dimasak pelbagai cara. Tinggal saja lagi kita perlu berkreatif untuk mencipta suatu rasa yang sesuai dengan selera asia kita :)

Bahan2:

1. 5 kepala salmon yang telah dibelah dua
2. 6 sudu makan cili kering yang telah direbus dan dikisar
3. 3 sudu makan taucu
4. 2 sudu makan sos plum (boleh ganti dengan sos lemon)
5. 2 sudu teh sos tiram
6. 3 ulas bawang putih dan 2 biji bawang besar (kisar halus)
7. 3 biji cili merah segar (dipotong memanjang) dan 2 biji tomato (dipotong 4)
8. Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Kepala salmon diperap dengan garam dan kunyit seketika
2. Goreng dengan minyak yang sedikit hingga masak (elakkan menggunakan minyak yang banyak kerana ikan salmon sudah berlemak) dan ketepikan
3. Tumis bawang putih dan bawang besar yang sudah dikisar hingga terbit bau
4. Masukkan cili kisar, sos tiram, taucu dan sos plum dan kacau hingga pecah minyak
5. Masukkan garam dan serbuk ikan bilis secukup rasa
5. Masukkan hirisan cili merah dan tomato
6. Tuangkan kuah yang telah masak ke atas kepala ikan, ratakan dan sedia dihidang

Yong Tau Fu Soup with Seafood and Meat


Menu resepi ni dah menjadi kegemaran saya sepanjang zaman. Kalau anda pernah berkungjung ke Pantai Klebang, Melaka atau Setiawan Perak, anda pasti pernah menikmati hidangan yong tau fu yang menyelerakan ini :). Berbanding yong tau fu berkuah pekat yang biasa kita jumpa di pasar-pasar malam, bagi saya yong tau fu sup jauh lebih menyelerakan dan tidak cepat muak. Yang paling penting lagi kos pun tidak semahal yong tau fu berkuah pekat.

Berikut saya catatkan resepi kalau-kalau teringin merasa atau kerinduan akan yong tau fu Pantai Klebang.

Bahan2 Utama:

1. Sayur2an hijau seperti bendi, brokoli, dan kangkung
2. Sayuran2an pejal yang tidak mudah layu seperti bunga kobis, cendawan butang, dan cendawan tiram
3. 2 biji Kentang yang telah dikupas kullit, dipanggang dan digoreng (sekadar permukaan luar menjadi kekuningan)
4. Ketulan daging, paru, hati lembu dan perut
5. Sotong, udang saiz besar (banana prawn @ udang pengantin) dibuang kulit
6. Fish cake, bebola ikan dll mengikut kesukaan
7. Petis udang
8. Mee kuning atau beehon

Bahan sambal/sos:

1. 5 biji cili merah besar segar
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 cm halia
4. Garam dan gula secukup rasa
5. 1 sudu teh cuka makan
@ boleh gunakan sos chili garlic Thai sedia dimakan

Cara Memasak:

1. Rebus kulit dan kepala udang untuk dibuat stok kuah
2. Tambah air sesuai keinginan (500 ml untuk 3-4 orang makan)
3. Masukkan 1 sudu teh petis udang dan rebus hingga mendidih
4. Masukkan ketulan daging dan kepingan hati serta perut dan rebus hingga masak
5. Masukkan sayuran pejal dan reneh sebentar
6. Masukkan fish cake dan seafood
7. akhir sekali masukkan sayuran hijau dan potongan kentang
8. Masukkan mee kuning atau beehon yang sudah direbus terlebih dahulu hanya sejurus sebelum dihidang

Saturday, August 21, 2010

Ayam Percik Kelantan




Sabtu semalam hari ke-9 puasa, kami gantian iftar dari rumah ke rumah. Tiba giliran rumah saya, saya berhajat masak ayam percik Kelantan, kesukaan saya untuk menjamu kawan2. Di luar negara bukan senang nak cari lauk tradisional. Alhamdulillah tak sampai 10 minit seekor ayam percik licin!

Berikut saya sediakan resepi istimewa untuk anda :)

Bahan2 Kuah

1. 1 ekor ayam (saiz sederhana
2. 4 ulas bawang putih
3. 2 biji bawang besar
4. 5 cm halia
5. 2 batang serai

Cara2 memasak

1. Perapkan ayam bersama garam dan sedikit serbuk kunyit, ketepikan
2. Bahan2 2-5 dikisar bersama dan tumis di atas api perlahan (tanpa minyak)
3. Masukkan santan kelapa pekat (boleh guna 2 tin santan segera. Masak sehingga pekat. Ketepikan separuh.
4. Siram kuah pekat ke dalam ayam dan bakar pada suhu 200 C sehingga kekuningan
5. Siram kuah semasa membakar supaya kuah meresap ke dalam daging ayam
6. Setelah ayam masak, angkat dan siram kuah yang separuh lagi
7. Sedia dihidang

note:
Selamat berpuasa dan berbuka puasa :)